Fungsi Jabatan

  1. Fungsi utama jabatan ini ialah untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan aktiviti aktiviti DYMM Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri bagi menjalankan tugas baginda sebagai Ketua Negeri dalam sistem Raja Berparlimen. Dalam sistem ini institusi kesultanan kekal wujud, dengan mengekalkan hierarki yang telah wujud semenjak zaman silam. Yang berbeza antara sistem kini dan pemerintahan di zaman silam ialah pemerintahan Raja kini tidak lagi "absolute" tetapi mengikut peraturan-peraturan berparlimen yang ditetapkan oleh undang-undang atau perlembagaan (Constitution).

  2. Dalam hierarki kesultanan di Negeri Perak Baginda Sultan diikuti oleh bakal-bakal Sultan, iaitu Raja Muda dan Raja Di Hilir. Ini diikuti oleh Raja-Raja Bergelar yang kelak menjadi bakal kepada Raja Muda dan Raja Di Hilir. Selepas ini wujud Orang-Orang Besar Negeri, antaranya ditempatkan sebagai Orang Besar Jajahan di tiap-tiap Daerah di Negeri Perak. Orang Besar yang terkanan digelar Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.

  3. Semasa sistem pemerintahan berparlimen belum lagi wujud di negara kita, rakyat yang bermasaalah berjumpa dengan Orang-Orang Besar Negeri untuk mengadu hal mereka dan ini mendapat layanan dan diberi perhatian oleh pihak atasan. Kini Orang-Orang Besar Negeri kurang memainkan peranan ini kerana tugas ini telah diambil aleh oleh wakil-wakil rakyat yang dilantik dalam pemilihan raya negara. Bagaimanapun, Orang-Orang Besar Negeri dan Raja masih mempunyai peranan penting dalam isi-isu berkaitan dengan adat-adat Melayu dan Agama Islam.

  4. Badan-badan dan persatuan-persatuan di negeri ini kerap kali memohon Baginda Sultan dan Raja Permaisuri untuk merasmikan upacara-upacara yang dirujukkan oleh mereka. Adalah menjadi tugas jabatan ini untuk membantu badan-badan dan persatuan-persatuan tersebut supaya mengadakan upacara-upacara itu dengan sempurna dan teratur. Adat dan peraturan DiRaja di Majlis-Majlis rasmi masih kekal diikuti dan dipakai.

  5. Baginda Sultan dan Raja Permaisuri serta Bakal-Bakal Sultan, kerap kali juga menerima permohonan daripada orang-orang yang tertentu untuk mereka mengadap dan mempersembahkan sesuatu perkara. Adalah menjadi tugas jabatan ini untuk mengaturkan perjumpaan-perjumpaan ini mengikut adat resam istana.

  6. Bagi maksud melaksanakan tanggungjawabnya, jabatan ini dibekalkan dengan peruntukan kewangan oleh kerajaan negeri berasaskan kepada anggaran peruntukan yang dikemukakan oleh jabatan ini pada tiap-tiap tahun. Sebahagian besar daripada peruntukan ini adalah bagi pembayaran gaji dan lain-lain kepada pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat dan pembayaran saraan elaun dan pencen siasah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan kepada penyandang yang ada gelaran yang lain yang layak mendapat saraan. Keperluan kewangan yang lain termasuklah; mengurus Istana-Istana di Kuala Kangsar, Ipoh dan Kuala Lumpur; mengurus kereta-kereta rasmi DYMM Paduka Seri Sultan dan beberapa alat-alat jentera; membiayai keraian-keraian yang diadakan di Istana semasa majlis-majlis upacara dan semasa tetamu-tetamu mengadap; membiayai perjalanan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri di dalam dan di luar negeri.
fian

Penafian

Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir :Selasa 12 Mac 2024, 00:02:00 /

Jumlah Pelawat : 1078015

Hubungi Kami

Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak
33007 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

Tel. No : 605 776 1141 / 1144
Fax No : 605 776 3724
Email : pejsultan[at]perak[dot]gov[dot]my