• Laman Utama
  • Informasi Kesultanan
  • Sejarah
  • Makam Tepus Tanjong Belanja

Makam Tepus, Tanjong Belanja, Parit

Asal makam ini tidak mempunyai binaan tetapi hanya terletak di atas tanah yang tinggi seakan-akan busut. Makam ini mempunyai tiga pasang nisan lelaki, dan di tengah-tengahnya ialah Makam Almarhum Tepus Raja Sulong. Pembinaannya dilakukan oleh Ketua Kampung Tepus bernama Mat Hussin bin Kadir.

Perbelanjaan pembinaan makam ini telah dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perak sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang ke-33 (Marhum Affifullah) dalam bulan September, 1963.

Makam yang dibina itu lebarnya 30 kaki sama 19 kaki dan tingginya 9 kaki 2 inci serta tebal dindingnya dua kaki. Kawasan keseluruhannya ialah 45 kaki persegi.

Makam ini terletak di tepi padang bola Sekolah Kebangsaan Kampung Tepus, Belanja Kiri, dan jauhnya ialah dua batu daripada Pekan Tanjong Belanja, mengikut Jalan Tanjong Belanja - Pekan Manong. Pada zaman dahulu untuk menziarahi makam ini ialah dengan menaiki bot. Mengikut cerita, makam Almarhum Raja Sulong, Raja Muda di masa pemerintahan Sultan Ismail, bertempat di Kampung Raja Belanja Kanan, Daerah Parit (Perak Tengah).

 

SEKITAR MAKAM TEPUS

 

 

fian

Penafian

Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir :Selasa 12 Mac 2024, 00:02:00 /

Jumlah Pelawat : 1078005

Hubungi Kami

Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak
33007 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

Tel. No : 605 776 1141 / 1144
Fax No : 605 776 3724
Email : pejsultan[at]perak[dot]gov[dot]my