• Laman Utama
  • Maklumat Korporat
  • Perutusan
  • Dato' Pengelola Bijaya DiRaja

PERUTUSAN DATO PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 

Selamat datang ke Laman Rasmi Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Saya bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya laman ini telah dibangunkan semula dengan keadaan rupa yang berwajah baru dan tambah lagi dengan ciri-ciri terkini sesuai dilayari dengan pelbagai peranti media. Melalui Laman Rasmi Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, para pengunjung akan dapat memperolehi pelbagai informasi terutamanya mengenai pentadbiran Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, maklumat, sejarah kesultanan Perak dan lain-lain.
 
 
Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai pintu masuk kepada pengenalan asas bagi Sistem Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan pada sama mungkin boleh menarik minat pengunjung untuk mengenali dengan lebih lanjut pada Bandar Di-Raja Kuala Kangsar secara maya. Secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan organisasi ini dengan membekalkan maklumat rujukan asas terhadap pentadbiran negeri khasnya dan negara amnya.
 

Sekian, terima kasih.
 
 
 YDH. TOH RAJA DIRAJA
KOLONEL DATO' ABD RAHIM BIN MOHAMAD NOR (Bersara)
DPMP., PAT., PTS., KAT., KMN., AMN., PJK.,
DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA
PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
fian

Penafian

Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir :Selasa 12 Mac 2024, 00:02:00 /

Jumlah Pelawat : 1077973

Hubungi Kami

Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak
33007 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

Tel. No : 605 776 1141 / 1144
Fax No : 605 776 3724
Email : pejsultan[at]perak[dot]gov[dot]my