Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat datang ke Laman Rasmi Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Saya bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya laman ini telah dibangunkan semula dengan keadaan rupa yang berwajah baru dan tambah lagi dengan ciri-ciri terkini sesuai dilayari dengan pelbagai peranti media. Melalui Laman Rasmi Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, para pengunjung akan dapat memperolehi pelbagai informasi terutamanya mengenai pentadbiran Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, maklumat, sejarah kesultanan Perak dan lain-lain.
Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai pintu masuk kepada pengenalan asas bagi Sistem Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan pada sama mungkin boleh menarik minat pengunjung untuk mengenali dengan lebih lanjut pada Bandar Di-Raja Kuala Kangsar secara maya. Secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan organisasi ini dengan membekalkan maklumat rujukan asas terhadap pentadbiran negeri khasnya dan negara amnya.
Sekian, terima kasih.
YDH. TOH RAJA DIRAJA
KOLONEL DATO' ABD RAHIM BIN MOHAMAD NOR (Bersara)
DPMP., PAT., PTS., KAT., KMN., AMN., PJK.,
DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA
PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN