• Laman Utama
  • Informasi Kesultanan
  • Sejarah
  • Sultan Muda Raja Ahmad

Sultan Muda Raja Ahmad


Makam Almarhum Raja Ahmad Wali Allah


Sultan Muda Raja Ahmad Shah adalah putera Sultan Abdul Malik, Sultan Perak yang ke 19. Sultan Abdul Malik mempunyai dua orang putera yang sulung bernama Sultan Muhammad Shah 1. Pada mulanya Raja Ahmad bergelar Raja Kecil Tengah dan beristerikan Raja Che Puan Busu, seorang anak Raja Bugis bernama Daing Masoh. Raja Ahmad kemudian bergelar Raja di Hilir, diikuti dengan gelaran Sultan Muda. Nama sebenar Raja Puan Busu ialah Che Long.

Sultan Ahmad Muda Shah mempunyai tiga orang anak iaiatu Raja Che Puan Muda, Raja Ngah Jaafar, Sultan Ja'far Mua'azzam Shah - Sultan Perak yang ke-23 dan Raja Alang Iskandar - Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja).

Makam Baginda Almarhum tidak wujud kerana baginda dikatakan ghaib begitu sahaja. Yang ada hanyalah Batu Peringatan Marhum Sultan Muda Raja Ahmad Shah Waliullah dan bukan bergelar "Marhum Waliullah", kerana Makam Marhum Waliullah (Sultan Jaa'far Mua'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Muda Ahmad Shah cucu Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah) terletak di Pulau Juar.

Raja Ahmad Shah dipercayai merupakan seorang Pawang di-Raja, sebab itu Baginda bergelar Sultan Muda. Baginda memainkan peranan penting di dalam Istiadat Pertabalan Sultan-Sultan Perak, seperti menjaga Jin Kerajaan Perak di Beting Beras Basah dan sepanjang Tebing Batang Air Sungai Perak.

Telah menjadi adat setiap raja yang telah ditabalkan menjadi Sultan Perak dan tiap-tiap Sultan yang telah mengadakan Istiadat Tabal Pusaka dan Bersiram Tabal mesti menziarahi makan-makam marhum yang dahulu.

Makam Raja Kechil Tengah, Almarhum Raja Ahmad terletak di Kuala Sungai Terus, Mukim Pasir Panjang Laut. Asalnya Cuma sebuah nisan, tetapi sekarang telah dipinda oleh Persatuan Sejarah Daerah Hilir Perak dan digantikan dengan batu peringatan. Makam ini telah dibaiki oleh Muzium Negara dengan membuat baru berpagar sekeliling.

fian

Penafian

Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir :Rabu 11 Disember 2024, 03:46:41 /

Jumlah Pelawat : 1162613

Hubungi Kami

Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak
33007 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

Tel. No : 605 776 1141 / 1144
Fax No : 605 776 3724
Email : pejsultan[at]perak[dot]gov[dot]my