Carta Organisasi

Carta Organisasi

DEWAN NEGARA
  • Menasihati Raja Pemerintah pada menjalankan pekerjaan Baginda seperti yang disyaratkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
  • Membuat, meminda dan membatalkan peraturan-peraturan dan perintah tetap bagi mengaturkan perjalanan Dewan itu sendiri dengan diperkenankan oleh Raja Pemerintah.
  • Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah.
ORANG BESAR PERAK
  • Menjadi Orang Besar Jajahan (kecuali Orang Kaya Bendahara) sebagi wakil Raja Pemerintah di daerah.
  • Menjalankan tugas-tugas yang dititah oleh Raja Pemerintah.
  • Menjaga adat dan istiadat Melayu.
  • Menghadiri semua upacara adat istiadat didalam dan diluar istana.
  • Menjadi penasihat atau penaung badan bukan kerajaan dalam Negeri Perak.
  • Membantu Pentadbiran Pejabat didalam menguruskan majlis adat istiadat di Istana.
PENTADBIRAN & KEWANGAN
  • Menguruskan Pentadbiran Am.
  • Menguruskan Pentadbiran Kewangan.
  • Menguruskan Pentadbiran Personel.
  • Menguruskan Perolehan Pejabat.
  • Menguruskan semua perjalanan majlis atau adapt istiadat yang diadakan didalam istana.
  • Menguruskan semua hal ehwal yang berkaitan dengan Raja Pemerintah.
PENYENGGARAAN
  • Menguruskan Keselamatan Istana.
  • Menguruskan kebersihan dalaman Istana.
  • Menguruskan semua harta modal.
  • Mengurskan keindahan lanskap Istana.
JURUIRING
  • Menguruskan keberangkatan Raja Pemerintah
  • Mengiring Raja Pemerintah ke majlis-majlis rasmi
  • Mengatur ‘eskot dan out rider dengan pihak Polis semasa keberangkatan Raja Pemerintah
  • Menyambut VVIP dan VIP semasa mengadap Raja Pemerintah.

Fungsi Jabatan

  1. Fungsi utama jabatan ini ialah untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan aktiviti aktiviti DYMM Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri bagi menjalankan tugas baginda sebagai Ketua Negeri dalam sistem Raja Berparlimen. Dalam sistem ini institusi kesultanan kekal wujud, dengan mengekalkan hierarki yang telah wujud semenjak zaman silam. Yang berbeza antara sistem kini dan pemerintahan di zaman silam ialah pemerintahan Raja kini tidak lagi "absolute" tetapi mengikut peraturan-peraturan berparlimen yang ditetapkan oleh undang-undang atau perlembagaan (Constitution).

  2. Dalam hierarki kesultanan di Negeri Perak Baginda Sultan diikuti oleh bakal-bakal Sultan, iaitu Raja Muda dan Raja Di Hilir. Ini diikuti oleh Raja-Raja Bergelar yang kelak menjadi bakal kepada Raja Muda dan Raja Di Hilir. Selepas ini wujud Orang-Orang Besar Negeri, antaranya ditempatkan sebagai Orang Besar Jajahan di tiap-tiap Daerah di Negeri Perak. Orang Besar yang terkanan digelar Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.

  3. Semasa sistem pemerintahan berparlimen belum lagi wujud di negara kita, rakyat yang bermasaalah berjumpa dengan Orang-Orang Besar Negeri untuk mengadu hal mereka dan ini mendapat layanan dan diberi perhatian oleh pihak atasan. Kini Orang-Orang Besar Negeri kurang memainkan peranan ini kerana tugas ini telah diambil aleh oleh wakil-wakil rakyat yang dilantik dalam pemilihan raya negara. Bagaimanapun, Orang-Orang Besar Negeri dan Raja masih mempunyai peranan penting dalam isi-isu berkaitan dengan adat-adat Melayu dan Agama Islam.

  4. Badan-badan dan persatuan-persatuan di negeri ini kerap kali memohon Baginda Sultan dan Raja Permaisuri untuk merasmikan upacara-upacara yang dirujukkan oleh mereka. Adalah menjadi tugas jabatan ini untuk membantu badan-badan dan persatuan-persatuan tersebut supaya mengadakan upacara-upacara itu dengan sempurna dan teratur. Adat dan peraturan DiRaja di Majlis-Majlis rasmi masih kekal diikuti dan dipakai.

  5. Baginda Sultan dan Raja Permaisuri serta Bakal-Bakal Sultan, kerap kali juga menerima permohonan daripada orang-orang yang tertentu untuk mereka mengadap dan mempersembahkan sesuatu perkara. Adalah menjadi tugas jabatan ini untuk mengaturkan perjumpaan-perjumpaan ini mengikut adat resam istana.

  6. Bagi maksud melaksanakan tanggungjawabnya, jabatan ini dibekalkan dengan peruntukan kewangan oleh kerajaan negeri berasaskan kepada anggaran peruntukan yang dikemukakan oleh jabatan ini pada tiap-tiap tahun. Sebahagian besar daripada peruntukan ini adalah bagi pembayaran gaji dan lain-lain kepada pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat dan pembayaran saraan elaun dan pencen siasah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan kepada penyandang yang ada gelaran yang lain yang layak mendapat saraan. Keperluan kewangan yang lain termasuklah; mengurus Istana-Istana di Kuala Kangsar, Ipoh dan Kuala Lumpur; mengurus kereta-kereta rasmi DYMM Paduka Seri Sultan dan beberapa alat-alat jentera; membiayai keraian-keraian yang diadakan di Istana semasa majlis-majlis upacara dan semasa tetamu-tetamu mengadap; membiayai perjalanan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri di dalam dan di luar negeri.

Misi Jabatan

Misi jabatan ini ialah untuk mencapai penuh kejayaan dalam mengendali dan mentadbirkan segala urusan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti DYMM Paduka Seri Sultan Perak sebagai Ketua Negeri. Ini termasuklah tanggungjawab untuk mengekalkan adat resam Istana sebagai satu warisan bangsa Melayu yang kita cintai dan hargai.

Disamping ini, adalah menjadi tanggungjawab jabatan ini juga untuk membantu dalam menyesuaikan adat resam yang penuh tradisi ini dikalangan masyarakat semasa. Adat resam ini adalah satu-satunya kekayaan bangsa kita yang kita warisi dari zaman lampau yang penuh dengan kegemilangan.

Adalah menjadi misi jabatan ini juga untuk membantu memupuk perasaan taat setia kepada pihak pemerintah, demi kita semua terus bersatu padu.

Objektif Jabatan

Pejabat ini diwujudkan bagi mengendalikan segala urusan dan pentadbiran terhadap pelaksanaan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sebagai Ketua Negeri. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan adalah Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dibawah sistem Raja berperlembagaan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Tanggungjawab Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku termasuklah:

  • Memanggil dan membubarkan Dewan Perhimpunan Negeri.
  • Melantik Menteri Besar dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan.
  • Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Perundangan Negeri.
  • Pengerusi Dewan Negara Perak.
  • Pengerusi Jemaah Pengampunan Negeri.
  • Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.
  • Mengurniakan bintang-bintang kebesaran dan pingat-pingat penghargaan.

Objektif utama jabatan ialah bagi mempastikan kebawah DYMM Paduka Seri Sultan diberi perkhidmatan yang penuh untuk baginda menyempurnakan tanggungjawab baginda.

Direktori Pegawai Kanan

Gelaran / Nama & AlamatNo. TelefonNo. Faksimili

Dato' Pengelola Bijaya DiRaja
Y.Bhg. Dato' Shamsul Baharin @ Mohd Rofaa bin Hasan,
D.P.M.P, P.M.P., K.M.N.
E-Mel : @perak.gov.my
605-7761141 (P)
605-7761144 (P)
605-7769811 (T)
605-7763724

Setiausaha Sulit DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
YDH Toh Raja DiRaja
Kol.(B) Dato' Abd. Rahim b. Mohamad Nor, D.P.M.P., K.M.N., K.A.T., A.M.N, P.T.S., P.J.K.
E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
605-7761141 (P)
605-7761144 (P)
605-7761203 (T)
605-2540845
605-7763724

Setiausaha Dewan Negara Perak Darul Ridzuan
Y.D.H. Toh Amar Seri DiRaja
Dato' Ayop b. Hashim, D.P.M.P., P.M.P., A.M.P., P.J.K., J.P.
E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
605-7761141 (P)
605-7761144 (P)
605-7761127 (T)
605-7763724

Juruiring D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Lt. Kol. Muhammed Shuhaimi bin Hj. Abdul Radzak, P.N.B.B., psc
E-Mel : @perak.gov.my
605-2540845 (P)
605-2536919 (P)
605-2556166
603-22842294

Penolong Setiausaha Sulit D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Y.D.H. Toh Demang Perwira
Encik Mohd. Rasid b. Hussin Shah, P.M.P., A.M.P.
E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
605-7761141 (P)
605-7761144 (P)
605-7761380 (T)
605-7763724
fian

Penafian

Pihak Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.

Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir :Selasa 12 Mac 2024, 00:02:00 /

Jumlah Pelawat : 1075327

Hubungi Kami

Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak
33007 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

Tel. No : 605 776 1141 / 1144
Fax No : 605 776 3724
Email : pejsultan[at]perak[dot]gov[dot]my