Hakcipta Terpelihara © 2013 Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.
Hakcipta Laman Web Rasmi Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan (PDYMMS) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan PDYMMS kecuali dinyatakan sebaliknya.
Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada PDYMMS.
Direktori Pegawai
Direktori Pegawai
Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Perkhidmatan Yang Diberikan
- Menerima permohonan daripada orang-orang yang tertentu untuk mereka mengadap dan mempersembahkan sesuatu perkara kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak.
- Mencemar Duli di upacara rasmi (Melaksanakan Majlis-Majlis Perasmian yang dianjurkan oleh Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan persatuan-persatuan di negeri ini seperti upacara Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran, Majlis Perasmian Bangunan, Masjid Perasmian Masjid, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Melihat Anak Bulan dan sebagainya).
- Memperkenan mengurniakan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak khasnya dan Negara Malaysia amnya dengan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Perak kerana:-
- Menghargai perkhidmatan cemerlang mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang awam.
- Untuk menghargai perkhidmatan gagah berani oleh ahli-ahli pasukan bersenjata atau orang-orang awam.
- Untuk mengurniakan Pingat-pingat bagi khidmat berbakti dan khidmat perkasa untuk ahli-ahli pasukan bersenjata, polis dan pasukan-pasukan sukarela.
Piagam Pelanggan
- Kami, pegawai dan seluruh kakitangan jabatan ini, berikrar untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan pengalaman tugas masing-masing demi untuk membolehkan kami menjalankan khidmat dengan sempurna.
- Kami akan menjalankan tugas dengan penuh taat setia kepada Raja dan akan berusaha dengan sepenuhnya terhadap kebaikan sistem kesultanan.
- Adalah menjadi misi jabatan ini juga untuk membantu memupuk perasaan taat setia kepada pihak pemerintah, demi kita semua terus bersatu padu.