Bahasa Malaysia Directory Maps Hyperlink Editing News Guestbook


THE PROMULGATION OF BESTOWAL OF THE ROYAL TITLE TO 
HIS ROYAL HIGHNESS PADUKA SERI SULTAN PERAK
DARUL RIDZUAN

 

As the promulgation of bestowal of the royal title to His Royal Highness Sultan Perak is not clear, please see the edited phrase on the both sides.

 

Edited Phrase
(left side)


Bismillah-hirrahman-nirrahim

 Bahawasanya dengan kehendak Tuhan seru sekelian Alam, Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Allallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah, Sultan, Yang Di Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri dan Jajahan Perak Darul Ridzuan dan segala takluknya telah kembali ke Rahmatullah, dengan gelaran doa Almarhum Alfifullah Shah.

Sekarang, mengikut bahagian VI di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Bahagian Yang Kedua, saya, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Dato' Seri Osman bin Talib, dengan pilihan dan persetujuan Dewan Negara Perak menetapkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah, Raja Muda Perak menjadi ganti Sultan, Yang Di Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri dan Jajahan-jajahan Perak Darul Ridzuan dan segala takluknya dengan gelaran Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.

DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU



Edited Phrase
(right side)

BISMILLAH-HIRRAHMAN-NIRRAHIM

Adalah kita Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah bersumpah dengan Wallah-Wabillah-Wataullah bahawa kita mengaku memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian takluk Jajahannya menurut Perlembagaan Negeri Perak dengan adil mengikut Hukum Allah.

Dihadapan saya:

Encik Ramli bin Ngah Talib
Menteri Besar Perak.

Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada 1hb.Jamadilawal, 1404
bersamaan dengan 3hb. Februari 1984.





DISCLAIMER:
This department shall not be liable for any loss or damage caused by
the usage of any information obtained from this website.
© 2005 Copyright Controlled by
Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan.

Any Enquiry, please contact:  pejsultan@sultan.perak.gov.my